Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

2 sifat yang mampu mengubah kehidupan!

Imej
TUJUAN BERNIAGA Aku berniaga sebab aku nak capai dua perkara, pertama ialah kelapangan masa untuk beribadah dan kedua ialah kebebasan kewangan.  Dua perkara ini sangat susah untuk aku capai semasa aku makan gaji dulu, maka aku buat keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan.   TUJUAN TAK KESAMPAIAN Tapi satu perkara yang membuatkan aku serabut ialah lepas berniaga aku bukannya jadi semakin lapang, tapi jadi semakin sibuk. Sebenarnya masa lapang tu ada, bahkan lebih lapang dari orang makan gaji. Tapi bila ada masa lapang aku sentiasa gunakan ia untuk berfikir tentang bisnes, sehingga ibadah aku bukannya bertambah, bahkan jadi semakin kurang (Ibadah sunat). Berfikir juga adalah satu jenis kerja. Kalau aku dah sibuk berfikir tentang sesuatu, memang tak boleh nak buat kerja lain.  Walaupun tubuh nampak sedang berehat, tapi otak tak berhenti berfikir, serupa je macam orang tak berehat. Secara tak langsung stress aku pun semakin meningkat. Biasanya orang bisnes mudah fah...

List artikel blog: FORMULA HIDUP TENANG, WALAU SELALU DIHIMPIT MASALAH!

Imej
PILIH TAJUK DI BAWAH DAN   KLIK UNTUK BACA :  1) Ramai orang tak bertemu 'BAHAGIA' kerana salah faham tentang ini 2) Cara keluarkan potensi diri melalui ujian yang datang 3) Penyakit ini dihidapi oleh ramai orang, tanpa sedar kesannya yang sangat besar. 4) Formula hidup tenang, walau selalu dihimpit masalah! 5) Buang sekatan ini! Hidup anda akan jadi JAUH LEBIH BAIK! 6) Bagaimana nak bahagia kalau hidup sentiasa diuji? - 2 Kunci Utama 7) Cara memilih takdir yang lebih baik untuk masa depan! 8) Pengalaman belajar memandu dengan mak cik yang tak reti bawa kereta! 9) Bolehkah 'bahagia' datang sendiri? Adakah cara untuk menariknya? 10) Impian yang membunuh ketenangan 11) 2 sifat yang mampu mengubah kehidupan! ==== Anda digalakkan untuk  kongsi artikel ini dengan rakan-rakan dan famili .  Ia akan menjadi ladang pahala buat anda. Selagi ilmu ini diamal oleh orang yang menerimanya dari anda, selagi itulah pahala terus mengalir ke akaun anda tanpa putus. Te...

Bolehkah 'bahagia' datang sendiri? Adakah cara untuk menariknya?

Imej
 " Bahagia tak datang sendiri, tapi ia perlu di pupuk, tanam, siram, baja dan tuai hasilnya." BAHAGIA TIDAK DITEMUI Dulu aku ingat ‘bahagia’ boleh datang sendiri, lepas kahwin terus akan happy. Tapi jangkaan aku meleset, banyak perkara yang aku belajar lepas kahwin. Masa bujang dulu aku tanam satu niat, iaitu tak nak bercinta sebelum nikah, sebab aku nak keberkatan dalam perkahwinan. Yelah, bercinta sekejap je, sedangkan bernikah itu lebih lama dan panjang masanya. Aku mengharapkan perkahwinan yang berkat dan penuh kebahagiaan. Dipendekkan cerita aku berkahwin dengan seorang guru hasil rekemen abang aku yang juga seorang guru. Lepas nikah aku rasa takde apa-apa perasaan pun. Takde perasaan happy dan bahagia yang aku inginkan selama ini. Beberapa waktu berlalu, tapi keadaan tetap sama. Kenapa macam ni? Apa yang tak kena? Aku tertanya-tanya apakah yang menghalang aku untuk rasa tenang dan happy dalam perkahwinan? Sedangkan aku sangat menjaga pergaulan sebelum ini....

Pengalaman belajar memandu dengan mak cik yang tak reti bawa kereta!

Imej
Aku pernah dengar orang kata, “Aku takkan dengar nasihat perniagaan dari orang yang tak berniaga.” Dulu aku pun berpendapat seperti itu, yelah kalau ikut logik akal mana mungkin seorang yang tak berniaga layak bagi nasihat kepada peniaga. Tapi betul ke macam tu? Boleh jadi betul pada satu sudut, tapi mungkin juga tidak pada sudut yang lain. Suatu hari aku sedang memandu pulang dari kampung. Di sebelah aku ada seorang mak cik yang sentiasa memerhatikan gaya pemanduan aku. Waktu tu aku baru belajar memandu, nak kata mahir sangat tak juga, biasa sajalah. Semasa selekoh tajam di highway pemanduan aku kurang lancar. Aku tak dapat seimbangkan antara kelajuan dan kawalan stering. Sekejap aku bawa sekejap laju, sekejap perlahan, sekejap ke tepi, sekejap ke tengah. Tidaklah ketara sangat, tapi siapa yang duduk sebelah aku boleh perasan. Namun begitu ia hanya berlaku semasa di selekoh sahaja. Makcik aku tegur, “Awat hang bawa kereta lagu tu?” Makcik aku mula mengomel, sedangkan b...

Cara memilih takdir yang lebih baik untuk masa depan!

Imej
"Saya seorang yang kuat berlari, hampir 20 tahun macam tu. Masa umur 48 saya masih boleh berlari 10km bawah sejam. Tapi lepas tu kaki mula terasa lemah, sehingga saya terpaksa bertongkat ketika umur 52.." Itulah cerita seorang pesakit  foot drop.  Kaki lemah, sehingga terseret ketika berjalan. Situasi itu memberi saya satu pengajaran, iaitu  kita perlu buat persediaan menghadapi waktu kecemasan. Saya pernah meminjam wang dengan rakan untuk servis kereta. Setelah itu dia berpesan, “Kau kena menyimpan, sebab kalau berlaku kecemasan kau dah takde  back up  nanti..” Teguran itu betul-betul menyedarkan saya. Sejak itu saya telah berjimat-cermat dan menyimpan secara konsisten sehingga hari ini. Sebenarnya ramai dikalangan kita boleh menyimpan, cuma kita banyak bazirkan kepada perkara yang kurang perlu. Persiapan dapat mengelakkan kita dari berhutang dan meminta-minta, sedangkan perkara itu tidak disukai dalam agama. Berhutang dan meminta-minta boleh menjatuhkan seseor...

Bagaimana nak bahagia kalau hidup sentiasa diuji? - 2 Kunci Utama

Imej
Ramai orang mencari bahagia, tapi tak ramai orang yang ingin menempuh jalannya. Yang lebih menyedihkan apabila ramai orang salah faham terhadap ‘bahagia’ itu sendiri. Bagaimana nak hadirkan ‘bahagia’ dalam hidup? Ada orang anggap ‘bahagia’ akan datang dengan harta yang banyak, isteri cantik, kereta mewah, percutian ke sana-sini, menjadi terkenal dan banyak lagi. Jika benar bahagia datang dengan cara itu, maka tak ramailah orang yang boleh ‘bahagia’. Bahkan, sebenarnya ramai orang dah capai semua itu, tapi sebahagian mereka telah mati bunuh diri. (Rujuk sini, Jutawan yang mati bunuh diri > https://www.liputan6.com/bisnis/read/3031627/tragis-kisah-5-miliarder-yang-akhiri-hidup-dengan-bunuh-diri ) Pelik kan? Dah ada macam-macam, tapi masih nak bunuh diri. Tapi sebenarnya tiada apa yang pelik, sebab mereka belum jumpa 'bahagia' yang mereka cari. “Semua dah ada, apa lagi yang kurang?” Persoalan ini sentiasa berlegar-legar dalam pemikiran mereka. Bahagia berpunca...

Buang sekatan ini! Hidup anda akan jadi JAUH LEBIH BAIK!

Imej
Dulu aku seorang yang panas baran, tak suka ditegur dan dikritik. Apabila ditegur aku anggap segala teguran itu hanya kerana mereka tak suka, berhasad dengki dan tak faham apa yang aku buat. “Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Tak payah nak sibuk dengan apa yang aku buat!” Sekalipun kata-kata itu tak keluar dari mulut, tapi itulah bisikan kecil yang keluar dari hati aku. Kadangkala apabila orang tegur suatu perbuatan, aku tersedar, rupanya apa yang aku buat adalah salah. Tapi sifat ego menghalang aku untuk tunduk dan memperbetulkan keadaan. Perbuatan salah tetap diteruskan hanya kerana sifat ego yang menguasai diri. Itulah manusia. Manusia akan menjadi bodoh apabila dirinya telah dikuasai oleh nafsu. Tak nak mengaku kelemahan diri, bahkan selalu berlaku sombong dan menyalahkan orang lain Apakah maksud sombong? Berdasarkan hadis Muslim, sombong itu bukanlah suka memakai pakaian yang indah, tetapi sombong itu ialah  menolak kebenaran dan memandang rendah kepad...

Formula hidup tenang, walau selalu dihimpit masalah!

Imej
Suatu masa dulu aku sentiasa dalam keadaan stress. Hampir setiap hari dada aku berdebar-debar kerana risau tentang pelbagai perkara. Keadaan ini berlangsung selama bertahun-tahun lamanya. “Kenapa jadi macam ni? Apa lagi silap yang belum aku betulkan?” Aku adalah orang yang sentiasa perbaiki diri, jika aku rasa ada buat suatu kesilapan aku akan cepat perbaiki. Sebab aku tahu Allah sentiasa memerhati. Jika kebaikan yang aku buat, baiklah yang datang. Jika keburukan yang aku buat, buruklah yang datang. Walaupun begitu aku tetap manusia biasa. Aku tak sempurna dan banyak lakukan kesilapan. Suatu ketika aku ambil sedikit masa untuk berfikir dan merenung ke dalam diri aku. “Kenapa stress aku tak berkesudahan? Ada sesuatu yang perlu aku betulkan. Ada yang tak kena dengan diri aku..” Sehinggalah suatu hari aku bertemu dengan seseorang. Aku rasa mungkin dia boleh bantu aku. Wajahnya selalu tersenyum dan ceria, rasa senang mendengar butiran percakapannya. Dia adalah seorang guru kehidupan. Selal...