Cara memilih takdir yang lebih baik untuk masa depan!
"Saya seorang yang kuat berlari, hampir 20 tahun macam tu. Masa umur 48 saya masih boleh berlari 10km bawah sejam. Tapi lepas tu kaki mula terasa lemah, sehingga saya terpaksa bertongkat ketika umur 52.."
Itulah cerita seorang pesakit foot drop. Kaki lemah, sehingga terseret ketika berjalan.
Situasi itu memberi saya satu pengajaran, iaitu kita perlu buat persediaan menghadapi waktu kecemasan.
Saya pernah meminjam wang dengan rakan untuk servis kereta. Setelah itu dia berpesan,
“Kau kena menyimpan, sebab kalau berlaku kecemasan kau dah takde back up nanti..”
Teguran itu betul-betul menyedarkan saya. Sejak itu saya telah berjimat-cermat dan menyimpan secara konsisten sehingga hari ini.
Sebenarnya ramai dikalangan kita boleh menyimpan, cuma kita banyak bazirkan kepada perkara yang kurang perlu.
Persiapan dapat mengelakkan kita dari berhutang dan meminta-minta, sedangkan perkara itu tidak disukai dalam agama.
Berhutang dan meminta-minta boleh menjatuhkan seseorang ke lembah kehinaan.
Nabi saw pernah memberi ancaman, orang yang suka meminta-minta akan bertemu Allah dengan muka tanpa daging (Dalam keadaan hina).
Nabi saw bersabda,
“Tabiat suka meminta-minta menjadi kebiasaan seseorang dari
kamu (Umat) sehingga ia menemui Allah di akhirat, dengan mukanya tidak
berdaging (Dalam keadaan hina).” (HR Bukhari & Muslim)
Selain itu berhutang pula boleh menjadikan seseorang penipu,
seperti mana yang telah disebutkan:
“Sesungguhnya apabila seseorang berhutang, dia akan
cenderung berdusta dan berjanji lalu mengingkarinya.” (HR Bukhari)
Islam sangat mementingkan maruah dan menggalakkan umatnya menjadi pemberi, bukan peminta.
Suatu hari seorang lelaki bertanya kepada nabi saw, adakah
dia boleh melepaskan untanya sambil bertawakkal?
Nabi saw menjawab “Ikatlah unta itu dan bertawakkallah”
(Sahih Ibn Hibban, no 731) – Hadis hasan.
Sumber : https://muslim.or.id/30-tawakkal.html
Jalan usaha yang kita ambil menggambarkan
takdir yang kita pilih.
Ini telah dijelaskan melalui kisah Saidina Umar ra dalam menjawab persoalan takdir.
Suatu hari Saidina
Umar ra mengembara ke Syam, apabila sampai ke satu dusun bernama SARGHI, beliau
telah dikunjungi penduduk sekitarnya termasuk Abu Ubaidah.
Mereka beritahu wabak
penyakit taun telah merebak di Syam. Setelah itu Saidina Umar ra telah
berbincang dengan beberapa golongan untuk dapatkan pandangan.
Akhirnya Saidina Umar
ra membuat keputusan berangkat pulang.
Abu Ubaidah agak
terkejut dan bertanya,
“Adakah itu beerti kamu lari dari
takdir Allah?”
Umar kurang senang
dengan soalan itu,
“Ya, kita lari dari takdir Allah untuk menuju kepada takdir yang lain.”
“Apa pendapatmu, jika
engkau mempunyai seekor unta yang turun ke suatu lembah yang mempunyai 2
keadaan, satu subur dan satu lagi tandus.
Kalau engkau membawanya ke tempat yang subur atau engkau membawa ke tempat yang tandus, bukankah engkau juga mengembala dengan takdir Allah?”
Pada waktu itu datanglah
Abdul Rahman Bin Auf. Beliau berkata: Sesungguhnya aku tahu tentang masalah
ini. Aku pernah dengar Rasulullah saw bersabda:
“Apabila kamu
mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempat itu.
Sebaliknya jika kamu berada di suatu daerah yang dijangkiti wabak, janganlah
kamu keluar dari tempat itu”
Kisah di atas telah diringkaskan. Kisah penuh ada di sini > https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/13/islam-dan-bala-wabak-penyakit/
Ada tiga ragam manusia berkaitan takdir.
Pertama ialah mereka yang berusaha, sehingga sangat yakin dengan usaha mereka.
Ada juga yang hanya bertawakkal sehingga membelakangkan usaha.
Ikutlah jalan yang ketiga, iaitu berusaha tetapi yakin hanya kepada Allah.
Sedikit pesanan saya:
1)
Menyimpanlah untuk persiapan di saat kecemasan, jangan
sampai kita menjadi orang yang meminta kelak.
2)
Simpanlah ikut kemampuan, sikit tak mengapa asalkan konsisten.
3) Takdir boleh berubah berdasarkan jalan usaha yang kita pilih, pilihlah jalan usaha yang lebih baik di antara pilihan yang ada.
Ilmu tentang takdir anda boleh dengar sedikit di sini : https://youtu.be/06HQMwL4_2Y
>> List artikel blog: Formula hidup tenang, walau selalu dihimpit masalah! <<
====
Anda digalakkan untuk kongsi artikel ini dengan rakan-rakan dan famili. Ia akan menjadi ladang pahala buat anda. Selagi ilmu ini diamal oleh orang yang menerimanya dari anda, selagi itulah pahala terus mengalir ke akaun anda tanpa putus.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini. Sebagai tanda penghargaan saya ingin berikan anda hadiah video senaman & urutan yang anda boleh aplikasikan di rumah. Mudah-mudahan bermanfaat.
Klik gambar di bawah untuk tuntut hadiah ini!


Ulasan
Catat Ulasan