Bagaimana nak bahagia kalau hidup sentiasa diuji? - 2 Kunci Utama

Ramai orang mencari bahagia, tapi tak ramai orang yang ingin menempuh jalannya. Yang lebih menyedihkan apabila ramai orang salah faham terhadap ‘bahagia’ itu sendiri.


Bagaimana nak hadirkan ‘bahagia’ dalam hidup?

Ada orang anggap ‘bahagia’ akan datang dengan harta yang banyak, isteri cantik, kereta mewah, percutian ke sana-sini, menjadi terkenal dan banyak lagi.

Jika benar bahagia datang dengan cara itu, maka tak ramailah orang yang boleh ‘bahagia’.

Bahkan, sebenarnya ramai orang dah capai semua itu, tapi sebahagian mereka telah mati bunuh diri.

(Rujuk sini, Jutawan yang mati bunuh diri > https://www.liputan6.com/bisnis/read/3031627/tragis-kisah-5-miliarder-yang-akhiri-hidup-dengan-bunuh-diri)

Pelik kan? Dah ada macam-macam, tapi masih nak bunuh diri. Tapi sebenarnya tiada apa yang pelik, sebab mereka belum jumpa 'bahagia' yang mereka cari.

“Semua dah ada, apa lagi yang kurang?”

Persoalan ini sentiasa berlegar-legar dalam pemikiran mereka.


Bahagia berpunca dari hati yang bersih.

Sebenarnya 'bahagia' berpunca dari hati bukan dari luar. Hati adalah tempat berpusatnya emosi.

Tanda hati yang bersih ialah terzahirnya sifat-sifat yang mulia. Ertinya, setinggi mana sifat mulia yang ada, sejauh itulah kebahagiaan akan datang.

Itulah adilnya Allah. Dengan cara itu setiap orang berpeluang untuk bahagia. Sama ada miskin atau kaya, hodoh atau cantik, sihat atau sakit. Semua orang layak untuk bahagia, asalkan dengan jalan yang Allah gariskan.

Kalau kita ikut jalan yang Allah gariskan pasti tercapai hasilnya. Tak perlu kita mencipta jalan sendiri yang pastinya akan gagal (Ini yang ramai orang buat).

==

Hidup medan ujian.

Untuk dapat ketenangan kita perlu sedar beberapa perkara.

Pertama, hidup ini medan ujian. Jangan sesekali harap ujian akan berhenti selagi kita masih bernyawa.

“Kalau ujian datang tak berhenti, macam mana aku nak bahagia?"



BAGAIMANA KITA BOLEH BAHAGIA SEDANGKAN KITA SEDANG DIUJI? - 2 Kunci Utama.

Ada dua perkara utama yang perlu anda sedar, iaitu:

 1) Setiap ujian datang dengan ukuran. Iaitu Allah hanya beri ujian yang sesuai dengan kemampuan kita, tidak akan lebih dari itu (Al-Baqarah: 286)

2) Ujian itu didatangkan oleh Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Allah tidak zalim dan sentiasa inginkan kebaikan untuk kita. 

Ujian boleh jadi asbab pengampunan dosa atau peningkatan darjat, agar kita dapat syurga yang lebih tinggi kelak.

Pokoknya adalah > sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Ujian bukan untuk kita takuti, tapi kita perlu berlapang dada menerimanya.

Ujian akan terasa sangat berat apabila kita tidak berlapang dada. Lebih teruk lagi bila hati kita tidak redha dan membenci ujian itu.

==

Para nabi dan Rasul adalah golongan yang selalu diuji, tetapi merekalah golongan yang paling bahagia.

Orang bahagia tak bermaksud ‘tiada masalah dan ketawa sepanjang masa’. Itu adalah fahaman yang keliru. 

Orang yang ketawanya berdekah-dekah setiap hari tak semestinya tenang. Gelak ketawa itu hanyalah bersifat sementara.


Apakah lambang kebahagiaan?

Selfie di kawasan indah, follower ratusan ribu, gambar sedang melompat kegembiraan, memakai serban, memakai purdah, memakai kereta mewah atau memakai basikal buruk, itu semua bukan ukuran bahagia. 

Bahagia tak diukur dengan kebendaan atau penampilan, tetapi ia diukur dengan sifat-sifat mulia yang lahir dari amal soleh seseorang.

==

KESIMPULANNYA:

Orang yang bahagia itu ialah orang yang pasrah, redha dan sentiasa bersangka baik kepada Allah.

Lebih banyak sifat baik dalam diri, lebih tinggi kebahagiaan yang akan datang


>> List artikel blog: Formula hidup tenang, walau selalu dihimpit masalah!  <<


====

Anda digalakkan untuk kongsi artikel ini dengan rakan-rakan dan famili. Ia akan menjadi ladang pahala buat anda. Selagi ilmu ini diamal oleh orang yang menerimanya dari anda, selagi itulah pahala terus mengalir ke akaun anda tanpa putus.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini. Sebagai tanda penghargaan saya ingin berikan anda hadiah video senaman & urutan yang anda boleh aplikasikan di rumah. Mudah-mudahan bermanfaat. 

Klik gambar di bawah untuk tuntut hadiah ini!




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

2 sifat yang mampu mengubah kehidupan!

Impian yang membunuh ketenangan

Formula hidup tenang, walau selalu dihimpit masalah!