Penyakit ini dihidapi oleh ramai orang, tanpa sedar kesannya yang sangat besar.

Ini adalah kisah tentang suatu penyakit merbahaya, tetapi dipandang ringan oleh banyak orang. 

Kisah itu bermula begini..

Pada zaman dahulu Iblis adalah tergolong dikalangan makhluk yang mulia, sehingga berada sebaris dengan para malaikat. Iblis adalah daripada golongan jin yang telah diciptakan Allah daripada api.

Iblis dan para malaikat adalah makhluk yang sangat banyak beribadah kepada Allah.

Suatu hari Allah ingin menciptakan seorang makhluk kategori baru, iaitu manusia. Makhluk baru ini diciptakan daripada tanah, itulah dia nabi Adam as.

Setelah penciptaan nabi Adam as, Allah telah memerintahkan kesemua malaikat bersujud kepadanya termasuk Iblis sebagai penghormatan. Tetapi Iblis telah mengingkarinya.

Iblis tidak bersujud kerana merasa dirinya lebih mulia sehingga menganggap nabi Adam as tidak layak mendapat penghormatan daripadanya.

Allah berfirman, 

“Apakah yang menghalang engkau daripada sujud ketika aku perintahkan kepadamu?”

Iblis menjawab,

“Aku lebih baik daripada dia (Adam as). Aku diciptakan dari api, sedangkan dia diciptakan dari tanah” (Al A’raf: 12)


Api sifatnya panas, membakar, bersinar dan bercahaya. Sedangkan tanah sifatnya busuk, kotor dan gelap warnanya.

Iblis telah tertipu dengan kelebihan penciptaannya sehingga menjadikan dirinya sombong.

Allah telah murka kepada Iblis sehingga mengusirnya dari syurga yang penuh kenikmatan.

“Turunlah engkau dari syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya. Oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina” [Al A’raf: 13]

Hasad dengki dan sombong bermula dari Iblis, kemudian diwarisi oleh orang-orang yang celaka. Iblis telah jatuh martabatnya menjadi hina, diusir dari syurga dan menjadi kafir adalah kerana sifat hasad dengki dan sombong yang ada pada dirinya.


Jika kita mewarisi sifat hasad dengki & sombong itu, maka sebenarnya kita juga akan mewarisi akibatnya. 

Iaitu Kita juga akan menjadi hina dan ditarik nikmat hidup oleh Allah. Bahkan ia boleh membawa seseorang kepada kekufuran. Seperti mana sebahagian manusia yang menggunakan sihir untuk merosakkan kehidupan orang lain.

Orang seperti ini akan mendapat kehidupan yang buruk dan penuh kehinaan di dunia dan di akhirat yang kekal abadi.


Apa itu Hasad (Dengki)?

Hasad atau dengki merupakan penyakit hati paling berbahaya yang terdapat dalam diri manusia. Merujuk kamus Al Mu’jam Al Arabi Al Asasi, Hasad ditakrifkan sebagai sifat dalam diri seseorang yang berharap supaya nikmat yang ada pada seseorang itu berpindah kepada dirinya atau terhapus daripada orang itu. 

Kesimpulannya, hasad dengki ialah satu perasaan tidak senang hati seseorang apabila melihat orang lain mendapat kebaikan.

(Sumber: http://www.addeen.my/index.php/rohani/dosa-pahala/item/1184-hasad-dengki-membakar-diri)

Mengapa datangnya hasad? 

Hasad datang apabila hati telah kotor. Hati yang kotor mudah dikuasai oleh nafsu yang mendorong kita untuk membuat kejahatan dan maksiat.

Apabila sifat hasad menguasai diri, kita akan berasa marah melihat orang lain mendapat nikmat melebihi diri kita. Bahkan sifat hasad ini akan menjadi lebih ekstrem apabila kita merasakan diri kita lebih mulia dan lebih terhormat dari seseorang yang mendapat nikmat itu.

Sikap negatif itu akan mendorong kita untuk membenci orang yang mendapat nikmat dan mengharapkan nikmat itu hilang sama sekali.

Hati yang berhasad akan mengarahkan anggota dan fikiran untuk menghilangkan nikmat yang ada pada seseorang. Sama ada dengan cara halus atau kasar. Binasalah hidup kita untuk selama-lamanya jika hati kita telah dikuasai sifat ini.

Apa yang kita boleh lakukan jika hati telah dihinggapi sifat hasad?

1) Banyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah, sementara pintu taubat masih terbuka untuk kita.

2) Cari jalan untuk menghindari hasad. Contohnya jika perasaan hasad timbul kerana seseorang yang suka menunjukkan kekayaan atau kejayaannya di media social, maka block sahaja orang itu agar hati kita lebih terjaga.

3) Yakin dengan rezeki dan ketentuan Allah. Apa yang datang kepada kita, itu adalah milik kita. Apa yang datang kepada orang lain, itu adalah bahagian mereka.

4) Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, setiap yang Allah tentukan pasti ada hikmah yang baik di sebaliknya. Sentiasa berfikiran positif kepada segala ketentuan Allah.

5) Disiplinkan diri dengan ibadah. Kuatkan ibadah wajib, kemudian perlahan-lahan menambah amalan sunat seperti membaca Al Quran. Ibadah dapat membersihkan hati, sekaligus menjadi asbab untuk Allah memperbaiki diri kita untuk menjadi hmbaNya yang lebih baik dari hari ke hari.

Sehingga kelak bertemu Allah, kita telah dibersihkan dari segala dosa dan kesalahan yang pernah kita lakukan selama ini. InsyaAllah.


>> List artikel blog: Formula hidup tenang, walau selalu dihimpit masalah!  <<


====

Anda digalakkan untuk kongsi artikel ini dengan rakan-rakan dan famili. Ia akan menjadi ladang pahala buat anda. Selagi ilmu ini diamal oleh orang yang menerimanya dari anda, selagi itulah pahala terus mengalir ke akaun anda tanpa putus.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini. Sebagai tanda penghargaan saya ingin berikan anda hadiah video senaman & urutan yang anda boleh aplikasikan di rumah. Mudah-mudahan bermanfaat. 

Klik gambar di bawah untuk tuntut hadiah ini!




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

2 sifat yang mampu mengubah kehidupan!

Impian yang membunuh ketenangan

Formula hidup tenang, walau selalu dihimpit masalah!