Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

Impian yang membunuh ketenangan

Imej
KUFUR TANPA SEDAR Antara masalah terbesar aku dulu ialah aku ingin hidup yang bebas dari masalah dan sentiasa gembira sepanjang masa. Tanpa aku sedar keinginan itu telah membuatkan hidup aku sentiasa dalam tekanan, kerana impian itu tak pernah muncul dan seperti mustahil untuk aku capai. Rupanya aku tersilap, aku mengimpikan sesuatu yang mustahil kerana tertipu dengan pandangan mata dan kejahilan diri. Kerana aku sering melihat kemewahan, kegembiraan dan kesenangan orang lain dan membandingkan dengan hidup aku, yang aku rasakan serba kekurangan. Tanpa sedar aku telah terjerumus ke dalam golongan orang-orang yang kufur nikmat. Tak perasan dengan nikmat-nikmat yang ada, tetapi sibuk melihat kelebihan-kelebihan yang ada dalam hidup orang lain. Benarlah kata Allah,   "... kebanyakan manusia itu tidak bersyukur" (Surah Yusuf : 38) “Sangat sedikit sekali di antara hamba-Ku yang mahu bersyukur.” (Surah Saba’: 13). MANUSIA DICIPTAKAN SENTIASA DALAM KEADAAN SUSAH Suatu hari aku menden...