Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

Cara keluarkan potensi diri melalui ujian yang datang

Imej
SETIAP UJIAN DATANG BESERTA HIKMAH DAN PENGAJARAN. BERGANTUNG BAGAIMANA CARA KITA MENYIKAPINYA. Saya mengenali seorang wanita. Suaminya telah lama sakit. Dia selalu memanggil tukang urut untuk mengurut suaminya. Tetapi sakit suaminya menjadi semakin berat dari hari ke hari, sehinggalah kini telah pun menjadi lumpuh. Pada waktu itu wanita ini hanya bergantung harap kepada pendapatan bulanan suaminya. Tetapi setelah suaminya sakit, pendapatan keluarganya terjejas. Oleh itu wanita itu berdikari untuk terus menyara keluarganya. Macam-macam kerja yang dilakukan, antaranya ialah menjadi orang gaji dan mengambil upah menjahit. Pendapatannya kecil sahaja, tetapi cukuplah untuk menyara anak-anak mereka yang masih belum mampu berdikari. Si isteri tak putus asa, beliau belajar ilmu urutan untuk mengurut suaminya. Apabila suaminya diurut, akan lega sekejap, tetapi masalah akan kembali semula dalam waktu yang singkat. Urutan hanyalah dapat memberikan kelegaan sementara untuk suaminya. Wanita itu ra...

Ramai orang tak bertemu 'BAHAGIA' kerana salah faham tentang ini

Imej
Manusia mencari BAHAGIA dengan pelbagai cara. Ramai yang anggap kebahagiaan akan tiba apabila mereka memiliki: 1) Harta yang banyak. - Kerana dengan harta banyak benda dapat dibeli, pelbagai makanan dapat dirasa, banyak keinginan nafsu dapat ditunaikan. 2) Kuasa yang besar. - Kerana dengan kuasa kita mendapat kemuliaan, orang akan hormat dan menjadi takut kepada kita. Mudah untuk dapat apa yang kita mahu. 3) Wanita/ Pasangan yang cantik. - Kerana dengan pasangan kita ada tempat mengadu dan meluahkan suka dan duka. Dalam keadaan susah dan senang sentiasa ada pasangan yang bersama kita. 4) Kediaman yang mewah. - Kediaman yang besar dan luas akan memberikan keselesaan. Setiap hari hati akan terasa nyaman dan tenteram kerana menghuni di rumah yang selesa. 5) Selalu melancong. - Seronok bila boleh lihat negara orang, banyak pemandangan baru yang akan membuat hati sentiasa teruja. 6) Anak-anak yang ramai. - Seronok bila ada anak-anak, membuatkan rumah sentiasa ceria dan famili menjadi meriah...